Sabtu, Jun 18, 2011

aku bukan blogger tegar...aku biasa2 saja...aku jarang menghabiskan masa untuk berfikir apa yg aku kena taip untuk entry blog aku setiap hari...aku menulis bila mood time tu memang berkehendakkan untuk menaip,maka aku akan menaip...kau faham?

aku tidak bergantung kepada idea untuk aku mula menaip d blog ini,tp aku sesungguhnya menaip bergantung kepada mood yg betul2 ketika itu mahu menaip dan walaupun ketika itu aku tiada apa2 idea untuk d taip tetapi adrenalin sedang melonjak naik ke atas kepala otak,maka,aku akan menaip jugak untuk mengurangkan c celaka adrenalin ini sebab klu c celaka adrenalin ini sedang tekinja2 atas kepala otak dan tidak ada apa yang boleh meng cool down kan dia,aku risau c mr lappy pulak jd pengganti untuk d hentak2...kau faham ka jugak?

macam skrg ni,mood aku untuk menaip sdg d paras yang agak mengkhuatirkan,jd aku ambik kesempatan untuk menaip walaupun aku tidak ada apa2 idea untuk menaip...tp,aku tahu aku akan menaip pasal keadaan diri aku...so, baik aku mulakan dengan menyatakan yang aku ini orangnya agak tipikal...bila sebut tipikal,aku jadi tidak tahau samaada ianya negatif atau positif..tp lanatak kau lah mau anggap apa sebab kepala otak tuhan dah bg masing2 dengan keupayaan sendiri...pandai-pandai lah guna...

aku tipikal dr byk segi..contoh paling mudah, dr segi makanan..biar pn body aku tak langsing mcm lisa surihani tp ala dina versi putih, aku dibesarkan oleh mak aku dengan makanan2 yang ala kadar..ala kadar maksud aku yg ada nasi,ada lauk ada sayur dan ada lada(menu wajib family aku)..time aku xberapa nak dewasa,aku ingat mak aku takda duit banyak nak masak yang sedap2 mcm dlm tv. 3 orang makan tp meja makan bapak besar mcm 10 orang makan dan lauk smpai tak cukup ruang kat meja.jd, sampai sekarang,aku akan makan dengan 1 lauk 1 sayur...kecuali klu datang mood gedik aku nak mkn smpai 2 lauk,aku akan ambik yg plg minimum jumlahnya. aku x tau yang benda ni dah jd mcm darah daging aku sebab kebanyakan masa aku makan,aku mmg akan buat begitu walaupun time 2 trhidang mcm2 makanan...dan baru2 ni aku sedar yang bapak aku pn rupanya begitu..dia tak suk kalau banyak sangat lauk kat meja...rupanya aku menurun dr bapak aku..contoh makanan yang aku rasa tipikal, nasi berani mesti makan dengan ayam masak kurma...aku akan pndang pelik kalau ada orang makan nasi beriyani dengan ayam masak merah walaupun memang ramai yg makan mcm tu. lagi2 kalau makan dengan ikan masak 3 rasa..baik tak payah makan nasi beriani..kau faham kan?

dan, 1 yang aku rasa macam "ek elleh" bila ayam masak lengkuas d masak pada hari bukan hari raya..aku orang bugis dan most of orang bugis hanya akan masak ayam lengkuas bila time hari raya sebab makan dengan burasak...aku sanggup tidak makan ayam lengkuas tersebut walaupun aku admire giler dengan masakan ni sebab bg aku kesyiokan,keenakan rasa masakan tu akan hilang kalau x makan time hari raya...sangat annoying kan?tp ni mmg aku rasa...dan mungkin sebab ketipikalan ku ini,setiap kali makan ayam lengkuas yang bukan time hari raya,rasa nya tidak pernah sedap..

banyak lagi contoh tipikal yang aku mahu taip,tp adrenalin dah mula menyusut dan mood dah kembali sesat,so...tiba masa untuk c mood ini mencari damai yang semakin hilang...

aku harap,lain kali aku akan dapat menulis sesuatu yang berfaedah kepada orang sebab aku rasa,selain daripada muzik,manusia akan mudah terpengaruh dengan tulisan dan oleh sebab tulisan jugak lah menjadikan orang melayu pada zaman belum merdeka dulu bangkit untuk merdeka...aku harap kau ingat sejarah supaya kau tidak akan jd bodoh smpai kerut dahi kenapa aku tiba2 ckp psl zmn2 merdeka ni...

sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kau cakap lah